Thursday, January 29, 2009


mUsLimAh hAraPan

persismu permata belian yang menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan disebalik tabir yang tenang
keayuan yang terpancar disinari cahaya iman
itulah muslimah harapan...

gerak langkah yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah harapan

puteri harapan srikandi islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan islam

gamitan leka duniawi tersungkur jauh dari sanubarimu
kau sematkan cinta yang mendalam
terhadap tuhanmu...... jua buat suami tersayang
kau didik generasi akan datang'
untuk agama tercinta.....

jadilah MuSliMah sEjati
pEnghuni SyurGawi
peNGhiAs dUniawI

Wednesday, January 28, 2009

tUgaS PenDaKwaH aDalaH mEnYerU bUkAn mEngHukUm

firman Allah SWT yang bermaksu:

"Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melaikan Allah(katakanlah wahai Muhamad):"sesunguhnya aku diutus oleh Allah kepadamu sebagai pemberi amaran(kepada orang-orang yang ingkar) dan pembawa berita yang mengembirakan (kepada orang-orang yang beriman) "surah hud:2

Para pendakwah ditugaskan untuk menyeru manusia supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan berusaha menegah umat manusia dari melakukan segala larangan yang telah ditetapkan Allah SWT.Pendekatan yang bijaksana terhadap sasaran dakwah adalah penting untuk menerapkan kefahaman dan pengalaman terhadap perkara yang didakwah.tanpa pendekatan yang bijaksana dan penuh hikmah sudah tentu setiap perkara yang disampaikan tidak akan dimanfaatidan didengari,malah mereka yang didakwahkan akan cuba melarikan diri.Oleh yang demikian pendekatan yang telah digunakan oleh Rasulullah SAW semasa menyebarkan dakwah islamiah hendaklah ditiru dan diikuti seperti berakhlak mulia,bersopan santun,sentiasa menolong orang yang dalam kesusahandan sabar dalam ujian adalah yang sesuia agar sasaran dakwah dapt didekati seterusnya menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran Islam.Para pendakwah sewajarnya menjauhi perkara-perkara yang tidak digemari dan disukai oleh sasaran dakwah seperti tidak melaksanakan apa yang diucapkan dan melakukan pelanggaran syariat.
kesimpulannya,pendekatan yang sesuai dan penuh kebijaksanaan dalam menyebarkan ajaran islamadalah penting untuk menentukan masa depan agama Islkam yang suci ini terus gemilang dengan umat yang cemerlang.tanpa pendekatan yang bijak dan sesuai dengan keadaan semasa,boleh menyebabkan kegagalan misi dakwah.


QuliLhAQ wAlAu kAna MUrRon

hIjAb bAgi mAkbULnYe doA

Ketika Ibrahim berada di tengah-tengah pasar Basrah,beliau dikerumuni oleh orang ramai.Diantara mereka ada yang bertanya mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka sentiasa berdoa kepada Allah.Beliau menjawab:"doa kamu tidak dimakbulkan kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara"
  1. Kamu kenal Allah tapi tidak menunaikan haknya
  2. Kamu sangka kamu cinta Rasulullah tapi kamu tinggal Sunnahnya
  3. Kamu baca Al-Quran tapi tidak beramal denganya
  4. Kamu makan nikmat-nikmat Allah tapi tidak bersyukur padanya
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh tapi tidak menentanya
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tapi tidak beramal untuknya
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tapi tidak lari darinya
  8. Kamu mengaku mati itu benar tapi tidak bersedia menghadapinya
  9. Kamu nenceritakan keaiban orang lain tapi lupa keaibsn diri sendiri
  10. Kamu kebumikan mayat tapi tidak mengambil ikhtibar darinya.
oleh itu sama-samalah kita renung diri kira,adakan kita tergolong sama.....
pintu taubat sentiasa terbuka....
rebutlah peluang sementara masih ada...

Monday, January 12, 2009

BUMI PALESTIN DIHUJANI CECAIR MERAH

Sedar atau tidak, hari ini adalah hari ke 17 serangan Zionis Israel terhadap saudara islam kita di bumi Palestin. Tahukah kita bagaimana keperitan yang ditanggung saudara kita?? apakah bantuan yang kita hulurkan kepada mereka?? tepuk dada tanyalah IMAN..
IKHWAN dan AKHOWAT, kita sebagai saudara kepada rakyat Palestin mesti ada rasa ingin menolong mereka walau bukan dengan mengangkat senjata tapi cukuplah sekadar menghulurkan sebuah DOA kepada mereka..

NOTIS : Jika 50% lelaki baligh di sesuatu tempat itu dapat jaga sembahyang jemaah, maka ekonominya dipegang oleh orang islam. jika 80% ALLAH turunkan keberkatan mencurah-curah. jika 100% maka berduyung-duyung orang kafir datang kepada islam. oleh sebab itu, doa orang islam supaya diturunkan bala keatas ISRAEL tidak dimakbulkan. ULAMA' memberitahu hati seseorang yang kotor dengan makanan yang haram tidak akan diterima oleh ALLAH. cuba kita tengok keadaan sekarang, YAHUDI bijak buat makanan yang haram untuk umat ISLAM. perasaan takut orang kafir terhadap ISLAM sudah lenyap sekarang, KENAPA?? sebab umat ISLAM sekarang TIDAK MENGIKUT PERINTAH ALLAH dan AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W....
Renungkanlah wahai umat akhir zaman...